Aku, Brooch & English
Sunday, April 28, 2013 | 12:55 AM | 2 weird people
Assalamualaikum, well hello ladies and LELAKI KACAK too :D

first of all kite nak bagitau yg kite LULUS test JPJ ni :D hee thanks to all yang mendoakkan kejayaan saya :)

***

So apa kena mengena brooch & English dalam entri aku kali ni?
Well sebenarnya aku nak mengimbas kembali nostalgia waktu aku sekolah rendah dulu.

Kalau ikutkan waktu sekolah rendah adalah zaman ke-nerd-an aku yang paling ''membanggakan''. Aku rasa dulu aku sangat2 blurr, tak bijak and serba serbi tak kena lah. Bila fikir2 balik sekarang aku selalu tertanya-tanya kenapa aku perlu jadi begitu memalukan


Masa aku mula-mula masuk skolah rendah, aku ditempatkan di kelas kedua(amboi bahasa baku, haha). Darjah dua pun aku kelas kedua. Akhir2 tahun 2003 (masa darjah dua) aku ingat lagi masa tu cikgu kelas aku masuk and suruh semua students duduk diam2. lepastu dia panggil 4 5 orang pelajar, lepastu dia suruh kemas buku and barang semua masuk dalam beg. Nama aku pun dia sebut skali. Aku kan blurr  time tu, aku ingat cikgu nak halau keluar skolah T..T
why Alia why?????

Rupa-rupanya exam akhir tahun tu aku jadi pandai sikit, so aku kena naik kelas. haha apa la fikir ntah apa2 XD So merasalah aku duduk kelas pertama. kekeke

Bila dah duduk kelas pertama aku rasa akulah student paling bengap skali dalam kelas. Tambah2 subjek BI(Bahasa Inggeris). masa tu skolah agama, aku terer Bahasa Arab je, bhaha(tipu). Tapi serius aku tak tau mende pun tentang BI masa tu, stakat I U I U tau lah. huhu

Nak dijadikan cerita satu hari tu time BI, aku rasa akulah murid yang terbijaksana skali! Hanya dengan satu soalan je telah membuka mata orang lain untuk pandang aku dengan dua2 belah mata, amboi over. haha, ceritanya macam ni


Cikgu : Okay class, siapa boleh bagitau, ni dalam English panggil             
             apa? (sambil menunjukkan kerongsang bunga beliau)

Aku nak jawab


semangat kan aku? haa tapi aku semangat macam tu dalam hati je sebab hakikatnya..


aku bukan berani pun nak angkat tangan and jawab. huhu, tapi aku tau jawapan utk soalan cikgu aku tadi. Biasanya kawan2 aku laju je jawab tapi haritu takde pulak orang jawab, so aku memberanikan diri angkat tangan and

Aku : Tu panggil brooch teacher.


Cikgu : Yes! Well done Alia! semua orang tepuk tangan untuk Alia

Pap Pap Pap Pap


walaupun aku bangga sebab cikgu puji aku, tapi lepas insiden tu aku berjanji yang aku takkan jawab soalan cikgu dah sebab orang dok tengok aku pelik je. pelik sebab tetiba budak pelik ni boleh bijak. hahah

p/s: sebenarnya aku tiap2 pagi tengok mak aku pakai menda tu kat tudung dia, sebab tu aku tau ia dipanggil BROOCH! thanks mama! muahmuahmuah :D


Labels: , ,


Hi! Welcome to my blog. Do enjoy reading and support me by following my blog. Spread the love ;)

CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : i'm happy.


Facebook
Instagram
We Heart It
About Me

Blog is being modified. Keep calm and just keep reading :)