SPM punya pasal...
Wednesday, March 27, 2013 | 3:13 AM | 0 weird people
Assalamualaikum n hey peeps :)

Aritu, 21 Mac, result espiyem keluar. nightmare gila bak ang. bukan result aku yang nightmare tipu its the nightmare before that night nightmare! ok apa yang aku mrepek. 

tak tak, aku mimpi buruk. ha kan senang faham. kekeke

20 Mac aku ada praktikal memandu. memula pkul 1 tgh hari pastu tunda pukul 7 ptg. okaylah. pukul 6 lebih gerak pegi pusat memandu tu.

aku datang awal stengah jam. so aku n ayah aku pegi minum dulu kat kantin tempat tu. pastu cikgu yang ajar aku tu panggil "Nur Alia.. " tiga kali k baru aku sampai kat dia. haha, siap sangkut2 lagi panggil nama, tak reti sebut Saqina XD jadi Sa..ki.. "its Saqina sir" ha abes cite.

Memula dia suruh masuk ofis amek cap jari ape semua. pastu aku trsempak classmate aku, baru sudah praktikal dgn cikgu yang sama. eh aku baru tau rupanya aku tak keseorangan kat situ. cis, kalau tau ada kawan boleh pegi sama2 =.=

pastu masuk kereta wah wah kereta bak anq, biasa kete je XD aku masuk, start enjin, betul tempat duduk n cermin, time nak pakai belt cikgu tu cakap " eh tak payah pakai la, kita jalan dalam ni saja dalam kawasan tempat memandu
eleh sir ni saya ni mengikut peraturan la, haiyo membentak dalam hati

first praktikal bawak gear satu je. aku punya semangat ni siap tanya, "tak payah tukar gear eh?" banyak kali. ahaha, aku rasa bengang sorang2 je cikgu aku tu. kekekke. aku ni jenis tak nervous sangat bila nak cuba benda baru, time bawak kete tekan minyak macam tempat tu trek lumba, haha, jenuh cikgu tu tekan brek bagi pihak aku XD

eh tunggu tunggu, aku ni nak story pasal nightmare aku ke pasal praktikal kete?

ok harap maaf semua ni ada kena mengena ok T..T

actually aku balik pukul 10 lebih, lepastu lalu kat Sungai Lembu pulak. ni orang BM tau ah jalan dia macam mana. Sungai Lembu laluan bukit yang bersimpang siur macam jalan nak ke Kelantan, berbukit berhutan berkubur berhan*u, haaa balik tu seram sejuk badan bak ang! badan rasa tak bermaya macam nak demam, lembik2 badan. tau lah korang nape kan. n aku tak mandi bodoh kan memang badan penat je rasa. 

malam tu aku baring, ready nak tido dalam pukul 12.30 macam tu. tapi sampai ke 2.30 aku TAK BOLEH TIDO lagi. memang rasa gelisah, tak selesa, semua ada la. kebetulan aku period. hai memey pasai ah kan :( rasa nak nangis ok. dah la kepala asyik fikir kan tentang esoknya, tak boleh tido, rasa nak kejutkan mama je tapi takut.. huhu, pastu aku doa kat Allah minta ampunkan dosa aku n mama ayah, minta baik2kan semua n aku redha je apa yang dapat esoknya. lepastu boleh la jugak lelap. tapi selang sejam aku terjaga jugak. :'(

pastu pukul 5 pagi camtu aku mimpi, memula aku mimpi aku duduk dalam bilik aku, tengok ke luar tingkap. scene ni waktu malam. aku tengok bintang banyaakkk, subahanallah cantik! pastu malam tu terang sampai boleh nampak awan. tengah2 tengok ciptaan Allah tu tetiba ada satu awan ni dia bentuk macamm, em korang penah makan bahulu bentuk ikan tak? ala old tradition punya bahulu tu, ha gitula.
tapi awan tu version ikan mix anjing laut punya kaki. try imagine sendiri k. heee

memula aku nampak awan tu lompat2, comel! pastu tetiba awan tu hilang, jadi ikan kelisa. pastu ikan tu datang ke arah aku, dia masuk dalam bilik aku. aku pun jerit2 la panggil mama aku sebab nak tunjuk. ikan tu cantik, warna gold! besar ya amat! besar dari mama aku ok. pastu mama aku hulur tangan nak pegang, ikan tu GIGIT! 

aku terus tersentak! masa tu aku negative minded, aku fikir ikan tu syaitonirojim nak sakitkan mama aku. aku nak jerit tak terkeluar suara, last2 ALLAHUAKBAR! aku jerit serentak aku trjaga dari tidur.

mama aku datang tanya kenapa, dia dah bangun time tu sbb dah pukul 5 pagi kan. memula aku terkelu, tak boleh cakap sbb trkejut sgt kan, nafas pun still turun naik. bila dah cool down sikit aku cakap la "mama kene gigit ikan.." n respon yang aku dapat "giggles macam2 la kak ni giggles" ok mama gelak. fine.

pagi tu aku buat cupcake nak bagi classmate aku. time buat tu tangan menggigil-gigil. sebab mimpi malam tu n takut nak ambik result. buat apa semua tak kena, hati tak tenteram. haish

Bila kat skolah aku orang first dapat tau result. ye ah kan aku satu skolah ngan mama aku, dia tengok siap2 ah result aku. ahaha, siap call ok nak tau result. pkul 10 lebih orang lain dup dap dup dap aku dah tenang dah. ahaha, tak aci sungguh bak kata kawan2 aku. hehe
tula, sape suro tak sama skolah dengan mama sendiri :P

SPM punya pasal ... 

thanks for reading, till then~ :)

p/s : maaf entry tidak bergambar, harap tak membosankan anda <3

Labels: ,


Hi! Welcome to my blog. Do enjoy reading and support me by following my blog. Spread the love ;)

CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : i'm happy.


Facebook
Instagram
We Heart It
About Me

Blog is being modified. Keep calm and just keep reading :)