Resepi : Macaron
Wednesday, March 13, 2013 | 1:49 PM | 2 weird people
Assalamualaikum, hey semua :)

Sorry lambat update blog, busy la, hikhik ala macam la ada orang baca blog aku, pffft, perasan jap. ahaha

So today aku nak share resepi n cara buat macaron. We all knew that macaron ni come lote bak kata oghe klate tapi manis nak mamp** punya. aku buat pun pasal dia comel je, tapi tak makan mana pon. bagi kat kawan, suroh rasa :D

so apa lagi, teruskan membaca! ape motif aku cakap cenggini

teaser
wah kau, backgroud eiffel tower bagai, mahaha

Bahan-bahan :
80g ground almond
140g gula icing
80g putih telur ( 2 biji telur saiz besar )
65g gula kastor
pewarna


first thing first lukis bulatan sebesar duit 20 sen, lukis atas kertas pembakar. guna la penutup botol kicap ke sos cili ke, ikut suka korang la nak besar mana aku guna jangka lukis, penat k nak tekap bulat2 tu banyak2. huhu make sure ada jarak antara setiap bulatan tu sebab nanti time bakar takut bercantum pulak macaron tu. aku lupa nak amek gambar T.T tapi japgi korang faham la macam mana.

make sure serbuk almond yang korang guna tu kering. keringkan bawah matahari ke, ikut lah. kalau nak keringkan guna oven tu boleh, tapi sekejap je sebab takut hangit pulak serbuk almond korang.

warning lagi! korang kena sabar buat benda ni, aku yang beginner ni buat sampai berkecah dapur T.T I'll tell u why later

***
aku guna ground almond brand nona. sedih

Okay mula2 ayak ground almond dengan gula ising. kalau ikut cara aku, aku ayat asing2. sebabnya serbuk almond yang aku guna tu tak boleh lepas lubang2 kat pengayak, dia terlalu tebal. so disebabkan aku takde food processor, maka aku terpaksa guna cara manual. cara aku hancur2kan ground almond aku tu macam ni

hah amek kau, tradisional sungguh. ahaha

memula aku tumbuk2 ground almond tu pastu aku gilis2 kat dinding  lesung batu tu, kasi hancur lebur! faham la eh, kalau tak faham ikut korang la nak hancurkan macam mana. hehe lepas dah siap ayah ayak almond ground tu korang ayak la pulak gula ising. pastu gaul2 dengan ground almond tadi kasi sebati. ini penting ok. kalau tak sebati nanti macaron korang tumbuh kaki tak sama tinggi.

dah siap letak tepi.

lepas tu pukul putih telur sampai berbuih-buih. then masukkan gula kastor sedikit demi sedikit, sambil pukul sambil masukkan gula. pukul sampai telur n gula tu kembang cantik, jadi putih berkilat (aku pukul 8 minit tepat) macam ni

hujung bertanduk, means dah siap pukul

next step ambek suku ground almond+gula ising tadi, gaul dalam putih telur secara balik kaup guna spatula. bagi sebati, then ambek lagi suku ground almond+gula ising, gaul lagi sampai habis.

pastu boleh la masukkan pewarna. actually korang boleh bahagikan jadi 2 bahagian sebelum masukkan pewarna, tapi aku bantai jadi 3 bahagian. hasilnya, macaron warna tu tak sama banyak, ahaha k korang tak faham pun aku cakap apa, T.T

tengok wane hijau over banyak

masukkan dalam piping beg. aku takde piping beg so aku guna cara manual lagi. kekeke



ha boh ja dalam plastik camni, pastu potong sikit bahagian hujung tu

picitkan atas dulang pembakar yang dah lapik kertas pembakar korang lukis bulat2 tadi

ha lukis bulat2 macam tu okay

omeyy  omeyy

letupkan pecahkan bubble air yang ada kat permukaan macaron, guna pencungkil gigi, baru dapat nice n smooth surface ecece speaking london pulak  n nanti time bakar permukaan dia tak merekah. tapi aku takde pencungkil gigi so aku guna hujung garfu je eh banyaknya barang kau takde 

dah siap pecahkan bubble air tu, biarkan macaron korang tido dalam stengah jam hingga 45 minit camtu. apa motif aku tak sure.

makan dulu time tunggu

lepas dia dah bangun, korang rasa permukaan dia tak melekit bila kita sentuh/ permukaan rasa keras means korang dah boleh bakar ^^
tapi panaskan oven dulu. 150C, 10 minit. time nak bakar, turunkan suhu jadi 140C n bakar 20 minit (masa untuk bakar bergantung oven masing2) lepas 15 minit sentiasa check, agak2 kaki dia dah keluar sempurna tu dah siap la :)

comelnyeeeee!

letak ganache


please makan sebiji je sehari, kalau korang taknak kena kencing manis la :') 

tringin nak buat macam ni



Tips : 
always kacau/pukul arah lawan jam
jangan kurangkan amount gula, nanti macaron tu tak keluar kaki

selamat mencuba <3

Labels: ,


Hi! Welcome to my blog. Do enjoy reading and support me by following my blog. Spread the love ;)

CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : i'm happy.


Facebook
Instagram
We Heart It
About Me

Blog is being modified. Keep calm and just keep reading :)