Belajar memandu (part 1)
Thursday, March 7, 2013 | 9:48 PM | 0 weird people
Assalamualaikum :)

Sejak jadi penanam anggur terhormat lepas essspiyem haritu, aku jadi mati kutu kat rumah sebab tak tau nak buat apa. Tiap2 hari ulang benda yang sama, basuh baju sidai baju kemas rumah. Nak masak tak reti n tak berminat. Bila buat cupcake hape semua tak menjadi :( so aku jadi sedih. Sobs

Well sebenarnya aku nak cerita pengalaman aku sebagai seorang student driving class. Hehe, act aku ambek lesen ni awal bulan haritu. Aku mintak nak ambek lesen kat ayah aku since Disember last year tapi dia tak daftar2 T..T so antara kawan2 aku, akulah yang paling lambat amek lesen eleh diorang pun tak habis L lagi, kekeke

Ok, 1st thing yang kita akan lalui sebelum dapat lesen ni ialah khursus 6 jam di pusat latihan memandu yang jadi pilihan kita. Aku daftar sorang2, kawan2 aku yang lain pegi berdua or bertiga or berempat, tapi aku sendirian, forever alone. kat situ aku tengok yang datang pun semua ada geng, hmmm 


time kursus tu, cikgu2 kat situ akan terangkan apa yang perlu kita buat sebagai seorang pemandu or penunggang. 6 jam tu bukan skejap ye, lamaaaa sangat. Kebetulan hari yang aku pegi tu aku tak berapa nak sihat, duduk lama sangat sampai esoknya aku nak demam. kursus tu sangat penting bagi orang2 macam aku ni, takde kesedaran nak bawak kete elok2, dalam taman perumahan pun aku boleh bedal bawak laju2. Haha, cikgu aku tu best n klaka gila, so tak boring la :D

30 minit yg terakhir tu cikgu lain masuk untuk terangkan pasal motor pulak. Cikgu aku tu perempuan, tua lebih kurang 46 la umur dia. Time dia masuk aku tgk dia macam tak larat je. Dia cakap dia x sihat. So oklah. Tapi orang lain tak respect dia kot, bising je kelas. N time tengok video cara pakai pakaian yg betul 4 penunggang moto, aku terlelap seketika. Haha, pasal video tu sloowwwww ya amat! Macam ajar budak kecik, hehe. Dalam2 aku terlelap tu, aku sedar balik time baru nak tersengguk. Nasib tak tersengguk pasal aku dok depan, kalau tak malu gila ah. Huhu, 

Tapi rupa2nya bukan aku sorang je yang tido, rupanya CIKGU tadi pun tido kat depan. Even video yang buatkan kitorang ngantuk tu dah habis, dia tak sedar. Haish tak boleh jadi, orang lain kat blakang dok gelak2. Pastu ada la sorang yang baik hati, buat2 gerakkan krusi dia, so bunyi bising la kan, baru cikgu tu bangun. 
Dia cakap "sorry saya ngantuk sngat aih, pening" dengan longhat kedah beliau yang pekat.
Cece cikgu nak cover la tu, hikhik
Pastu kitorang sain sijil n balik.

Nanti sambung lagi :D

p/s: kalau aku tak masuk kan gambar dalam entry means aku update blog tak pakai laptop la ye, so boring sikit. Btw thanks for reading ^_^


Labels: ,


Hi! Welcome to my blog. Do enjoy reading and support me by following my blog. Spread the love ;)

CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : i'm happy.


Facebook
Instagram
We Heart It
About Me

Blog is being modified. Keep calm and just keep reading :)