Adakah ini satu trend?
Tuesday, March 5, 2013 | 1:14 AM | 4 weird people
Assalamualaikum, hey guys :)

Today we're gonna talk about trend. Dalam dua tiga tahun aku bersosial through facebook ni, macam2 prangai manusia dah aku jumpa. Ada yang biasa2, ada yang kejar populariti, menggedik  mengada, baik n much more. Tapi ada satu prangai yang aku rasa ada dalam diri most of them, or most of us, iaitu

MESTI UP-TO-DATE.

Kita skarang ni brcakap tentang umum, tak ditujukan kat mana2 pihak. Please no ofens ok syg2 sekalian :)

99% friends kat facebook aku tergolong dalam kalangan remaja. So aku akan describe ikut peringkat umur remaja je pasal tu je yang aku tau. Hikhik *gelak gedik

Back to the topic. Remaja skarang ni aku tengok macam semuanya nak maju or uptodate setiap masa. Kononnya nak hebat n lebih stylo la kan, but at the end, apa yang diorang buat tu jadi ikutan org lain but not in a good way. What i mean here is, contohnya time tu trend pakai jaket kulit yang wana hitam tu. 4 me, mula2 tu memang nampak macam "wah semad la diorang ni siap jaket kulit bagai" tapi lama2 bila budak2 lain pun pakai jaket yang sama tak ke korang rasa macam "ish pakai jaket sama sebijik bijik, tak rimas ke, tak rasa macam anoying ke?" 
Yelah sebab kita dah macam tak bebas. Kang tak pakai jaket kulit orang pandang rendah, tak nampak stylo. Tapi dalam masa yang sama korang terpaksa tahan even dalam hati rasa xsyok n tak berapa suka orang asyik buat benda yang sama kita buat.

Lepas trend jaket tu datang pulak trend bahasa yang mahukan penampar cikgu BM. Aku paling tak suka time tu bila orang update status "itooo lha aquw da cakappp tapii diye tak pewcayew, kadang-II must ikottt blablabla" 
Perlukah ew ew semua tu? Tak rasa macam bazir tenaga ke tulis macam tu? Aku tak rasa pun hang boleh jadi hebakk gila bak ang kalau tulis macam tu, seriously =_= I is annoyyeddd ok.



Lepastu, facebook jadi tempat menunjuk nunjuk kepopularan diri masing2. Time tu ghamai la girls yang akan upload gambar lawa diorang dengan caption "i tau i tak comel macam korang, but dont judge me ok, muah sape like ♡". Ok first sengaja buat ayat yang akan pancing boys untuk komen "hey u cantek lha" or something like that, second diorang akan dapat like banyak gila yang akan buatkan diorang hot sekelip mata. Kadang2 ada yang desperate, pegi IM semua friends dia n bagi link gmbar semata2 untuk suroh like. Bila kita tak like, boleh dia paksa2 suroh like jugak, bila dah like bukan nak cakap thanks ke apa. Aku kalau dapat orang macam ni, tak fikir panjang la, unfriend terus. 

Ada apa dengan like tu? Klau boleh buat duit takpa la jugak, ni tidak, habuk pun sipi2 je nak dapat. Pui

Bagi aku tak payah la nak ikut trend sangat, biar kita jadi diri sendiri je, selesa. Jangan sebab awak uptodate supaya nak orang pandang, tapi awak tak selesa dengan keadaan diri awak masa tu. Femes sangat pun tak best jugak, orang dok perati kita je, semua benda yang kita buat kena kawal, salah sikit orang jatuhkan kita. Kan? :)

P/S : please dont hate me for this entry, n btw thanks for reading :)



Labels: ,


Hi! Welcome to my blog. Do enjoy reading and support me by following my blog. Spread the love ;)

CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : i'm happy.


Facebook
Instagram
We Heart It
About Me

Blog is being modified. Keep calm and just keep reading :)