Resepi: Pavlova
Monday, February 25, 2013 | 6:26 PM | 0 weird people
Hey iolls assalamualaikum :)

Hari ni datin markonah datin konon nak tunjuk cara2 buat pavlova untuk beginners semua sebab datin pom baru blajar buat kek, cupcake semua ni :D so siapa2 yang baru blajar n masih takut tak jadi ke apa  dont worry ok, datin buat sekali pun dah jadi :)

actually datin ikut resepi Cik Epal, tapi ada penambahan dan pengurangan :) bahan2nya mudah nak dapat ye. 


4 biji PUTIH telor
3/4 cawan gula kastor
1 suduteh esen vanilla
1suduteh cuka
2 sudu besar tepung jagung

make sure mixer n mangkuk yang nak guna untuk buat pavlova ni kering n bebas kotoran ye. sementara buat, panaskan oven 150 darjah selama 15 minit.

lets make the pavlova bebeh :D

mula2 asingkan telor kuning n putih. kita nak guna telor putih tanpa secoet pun telor kuning ok. sikit je kuning telor maka meringue tak jadi. 


datin tak reti asingkan telor guna kulit telor, jadi guna cara manual la ye. jangan lupa basuh tangan  pulak,
kang sakit perot ke hape jangan salahkan resepi haku. kihkih

lepastu, pukul guna mixer sampai berbuih-buih, then masukkan gula secara berperingkat, jangan masuk semua sekaligus.




lepas habis gula, pukul sampai meringue tu jadi putih berkilat. nak tau dia dah ready ke belum, bila korang terbalikkan mangkuk tu dia stay/ tak jatuh. atau bila angkat mixer, hujung mixer tu bertanduk macam ni 



faham lah ye? :D

lepastu masukkan essen vanilla n pukul 10 saat je, agak2 dah sebati la vanilla tu, sebab takut terlebih pukul nanti meringue tak jadi.



lepas dah siap semua, masukkan tepung jagung n cuka. gaul guna teknik kaup balik (eh betul ke? hikhik) agak2 dah campur semua ok la tu, :D then ur done!





dah siap meringue tu korang letak atas baking paper, cik epal lukis bulat dulu kat baking paper tu, tapi datin tak buat pon, malas. haha, 






letak di tengah oven, setkan suhu 140 darjah n bakar 1 jam 15 minit- 1 jam 30 minit. masa bakar bergantung pada oven masing2, sebab semua oven tak sama kepanasan; bergantung pada saiz oven tu la cepat ke lambat meringue tu masak ok. nampak macam perang2 tu means dah siap :) tapi jangan keluarkan dulu. biarkan pintu oven terbukak sikit n biar meringue tu sejuk dalam oven lebih kurang 20 minti dah sejuk





 sementara tu buat la whip cream nye. 

1cawan kecik whip cream + 1/2 cawan gula icing. 
pukul sampai kental n boleh hias atas pavlova.

act aku buat seminggu ni ada la dalam 4 biji. buat pukul 12 malam sebab nak bagi kat cikgu2 skolah aku esoknya. nak fresh buatlah lewat sikit kan :D

pavlova ni makan sejuk2 sedap :D






slamat mencuba :D siap nanti send la gambar k, hee, bye!

Labels: ,


Hi! Welcome to my blog. Do enjoy reading and support me by following my blog. Spread the love ;)

CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : i'm happy.


Facebook
Instagram
We Heart It
About Me

Blog is being modified. Keep calm and just keep reading :)